Angry Bird sememangnya merupakan nama besar dalam persada games dunia hingga di dunia nyata juga ianya dijadikan franchise lihat sahaja barang berimej Angry Bird senang didapati di semua pusat beli belah dan menjadi pilihan syarikat untuk dijadikan imej badan pesawat.
Terbaru, games ini turut direalisasikan menjadi taman tema dan yang lebih menarik ianya bakal dibuka di Johor Bahru, Malaysia.
Jadi, jika anda mengaku merupakan ‘big fans’ kepada games ini pastinya tidak sabar menunggu pembukaan taman tema ini yang lagi beberapa hari perasmiannya.
Taman Tema Angry Birds ini bakal di buka di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC), tingkat tiga dan kawasannya sangat luas seluas 26,000 kaki persegi.
Dengarnya, terdapat 24 seksyen interaktif dalam taman tema ini seperti seksyen permainan gokart, laser spaceship, katil anti graviti, tembak khinzir dan banyak lagi.
Waaa….berada di taman tema ini ibarat ala-ala anda masuk dunia Angry Bird taw.
Taman Tema Angry Birds bakal dibuka pada 31 Oktober iaitu hari Jumaat ini dan tiket harga yang dikenakan amatlah berbaloi iaitu RM60 seorang (untuk pemegang MyKad) dan RM50 untuk mereka yang bergelar pelajar.
Mesti tidak sabar nak tengok keadaan di dalam taman tema ini kan?
Ini kami sediakan beberapa gambar dalam taman tema tersebut. Tengoklah! -