Permainan Seks Aneh

Loredana Jolie: Fantasi Permainan Seks Aneh

LOS ANGELES : 
Bekas teman tidur Tiger Woods berkata, jaguh golf itu gemar bergembira dengan permainan seks yang aneh sebelum dan ketika memuaskan nafsunya.
Menurut pelacur itu, Loredana Jolie, antara kegemaran Woods adalah menonton sepasang lelaki menari dalam keadaan ghairah.

Wanita kelahiran Sicily itu berkata, fantasi Woods sangat luar biasa.
“Dia gemar mengawal keadaan dan memakai sut sambil menyaksikan pasangan sesama wanita atau lelaki berseronok, termasuk dalam aksi ganas,” katanya, semalam.
Loredana, 26, berkata Woods sering menonton pertunjukan itu dipersembahkan wanita berbeza dari semasa ke semasa, tetapi dia cuma menyaksikannya.
Woods, 34, kini menerima rawatan bagi mengatasi ketagihan seks di sebuah pusat perubatan di Mississippi sambil cuba menyelamatkan perkahwinannya dengan Elin Nordegren, 30.
Kata Loredana, pada masa tertentu Woods akan berasmara sejak jam 9 malam hingga matahari terbit.

“Dia tidak boleh tidur malam dan ternyata dia bukan lelaki yang sihat.
“Saya tak pasti sama ada rawatan dilaluinya kini dapat membantu pulih semula,” katanya.
Sementara itu, majikan Loredana, Michelle Braun, berkata Woods sanggup berbelanja hampir RM55,000 sehari pada hujung minggu untuk bersama Loredana di New York.

Katanya, Woods sering melanggan Loredana mulai 2006 hingga 2008.
“Saya langsung tak terkejut,” katanya.

Popular Posts

Followers