Sharnaaz Digelar Anjing Kurap

Sharnaaz-Ahmad
Nampaknya kontroversi antara Sharnaaz Ahmad, Lisdawati dan Fauzi Nawawi semakin panas.. Terbaru, Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu buat Lisdawati dan Fauzi Nawawi untuk meminta maaf secara terbuka.. Sharnaaz juga dikatakan tidak teragak-agak untuk menyaman mereka semaksimum mungkin jika gagal berbuat demikian..
“Apabila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa, kesabaran saya pun ada batasnya.”
“Mereka sudah buat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dengan baik,”
“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf kepada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.
“Nak saya minta maaf kepada Lisdawati kerana meninggikan suara? Saya boleh buat sekarang. Tapi boleh tak mereka minta maaf kepada ibu bapa saya seperti saya tuntut? Jika tidak saya saman,”
“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman saya semaksimum mungkin,” katanya ketika ditemui di Kota Damansara, semalam.
Demikian apa yang dikatakan oleh Sharnaaz melalui temubualnya bersama Harian Metro semalam..

Popular Posts

Followers