Kecoh wanita bogel di taman

Foto





Kampar: Pengunjung di Taman West Lake, Bandar Baru, di sini, yang datang menikmati keindahan malam dikejutkan dengan seorang wanita yang berjalan di sekitar taman itu berbogel, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, wanita yang berusia 30-an itu dipercayai kurang siuman dan berjalan di sekitar taman itu tanpa mengenakan seurat benang sehingga menimbulkan suasana kecoh dalam kalangan pengunjung taman itu. 

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Saiful, 27, berkata, dia yang memancing di taman itu terkejut apabila mendapati wanita itu berada tidak jauh darinya mula membuka pakaian.

Katanya, selepas menanggalkan semua pakaiannya, wanita itu merayau-rayau di sekitar taman itu tanpa mempedulikan teguran pengunjung.


WANITA yang dipakaikan semula pakaiannya selepas berbogel di tempat awam.

“Wanita itu tidak mengendahkan pengunjung walaupun ada antara pengunjung merakamkan gambarnya yang berbogel.


Miera enggan seksi lagi





Pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan, Miera Liyana, 21, dilanda kontroversi kerana imej seksi dan ia sering dikaitkan dengan dirinya hingga pernah menyuarakan mahu membuang imej itu.

Sepi seketika daripada kontroversi, tiba-tiba namanya kembali jadi sebutan kerana filem terbaru lakonannya, Dendam Orang Mati arahan Jason Chong.

Miera dikatakan muncul berbikini di kolam renang dalam satu babak filem itu, sekali gus ada yang mempertikaikan hasrat Miera sebelum ini. Ia ibarat 'cakap tak serupa bikin'.
Ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem itu Rabu lalu, Miera dilihat bersedia menjawab isu yang mungkin mencalar kepercayaan peminat terhadapnya.
Katanya, penggambaran filem itu dilakukan ketika usianya 19 tahun dan ia lakonan keduanya selepas kali pertama muncul dalam drama bersiri Hotel Mania.

"Saya masih mentah dan percaya apa yang saya lakukan ketika itu kerana memenuhi kehendak skrip dan tuntutan karekter.

"Saya bercakap dengan pengarah mengenai babak itu tetapi diyakinkan babak itu akan menjalani proses suntingan melalui teknik kamera (camera trick)," katanya.
Kata Miera, dia turut memaklumkan keperluan babak itu kepada ibunya yang juga pengurusnya. Malah, ibunya sempat berpesan kepada pengarah dan kru supaya menghormati babak itu daripada cuba mengambil kesempatan.

"Melakonkan babak itu sebenarnya satu cabaran paling utama ketika menjayakan filem itu kerana bimbang dengan reaksi penonton.

"Saya tidak teragak-agak menolak melakonkan babak itu seandainya mendapat tawaran perlu beraksi seksi dalam filem lain selepas ini," katanya.
Tegas Miera, dalam usianya kini makin matang, dia akan teliti dan memilih skrip filem, bukan main ambil saja semua tawaran berlakon yang datang.

"Kalau nak diikutkan, aksi saya tidaklah panas, malah ada pelakon lain pernah beraksi lebih 'daring'. Saya juga tidak menganggap babak itu sebagai eksploitasi kerana ia satu cabaran.
"Apatah lagi berlakon di samping Fizz Fairuz yang saya anggap abang. Saya juga gembira dapat beraksi bersama Lisa Surihani dalam filem itu," katanya.

Dengan tenang Miera akui tidak kesal dengan apa yang berlaku kerana menganggap ia satu pengalaman yang terus mematangkannya dalam dunia lakonan.
Filem Dendam Orang Mati atau tajuk asalnya Tingkat 4 menemui penonton di pawagam pada 23 Oktober ini.

Kata Miera, kerjaya lakonannya juga maju setapak lagi apabila baru tamat menjalani penggambaran dua telefilem di Indonesia, Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia dan Pacarku Kehabisan Ongkos.

"Kedua-dua telefilem itu akan disiarkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia. Jujurnya, bekerja dengan produksi Indonesia mencabar kerana tempoh penggambaran kedua-dua telefilem itu mengambil masa dua hari saja.

"Maknanya, satu telefilem ambil masa dua hari penuh bekerja. Ia jauh berbeza dengan cara kerja produksi kita yang mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh hari untuk satu telefilem.
"Namun, saya gembira dapat menimba pengalaman baru bekerja dengan produksi di sana," katanya.

Miera turut berkongsi cerita menarik apabila dianggap 'budak-budak' yang tidak tahu apa-apa pada mulanya. Namun demi mencari pengalaman bekerja dengan produksi luar, dia ikutkan saja hinggalah apabila penggambaran babak pertama, dia berjaya memberi sepenuh fokus sehingga membuatkan seluruh produksi terpukau dan bertepuk tangan.

"Sebelum penggambaran babak pertama, pengarahnya 'kerek'. Saya hanya mengangguk kerana tidak mahu timbulkan isu.

"Saya berikan sepenuhnya sehingga terkeluar urat-urat di leher, menangis bagai nak rak. Bila pengarah jerit 'cut', semua di set terus bertepuk tangan.

"Selepas itu saya terus ditawarkan berlakon telefilem Pacarku Kehabisan Ongkos," katanya.
Miera tidak menolak kemungkinan jika rezekinya mula berpihak di negara itu satu hari nanti. Apatah lagi, beberapa pengarah di sana mula mengintai Miera untuk berlakon dalam produksi mereka.

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Seks Lelaki Mirip UAI



PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.
Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -

Jangan Balas Provokasi Pijak Bendera Johor


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bimbang provokosi melampau membabitkan insiden memijak bendera Johor oleh sekumpulan penyokong Pahang seperti yang tersebar di media sosial akan mengudang kejadian tidak diingini dalam aksi peringkat akhir Piala Malaysia 2014 nanti.
Sehubungan itu, PBNJ dalam satu kenyataan menggesa para penyokong bola sepak Johor supaya bersabar dan tidak membalas provokasi berkenaan bagi menjernihkan keadaan.
“Insiden memijak bendera negeri Johor baru-baru ini oleh penyokong Pahang dipandang serius dan boleh menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini.
“Menjelang perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia ini, harapan tinggi agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan perbuatan saling membalas provokasi perlu dielakkan kedua-dua penyokong pasukan yang bertanding,” tegas kenyataan itu hari ini.
PBNJ turut meminta para penyokong bola sepak negara ini lebih peka terhadap perkara-perkara yang boleh memberi kesan negatif terhadap keharmonian masyarakat Malaysia.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun itu.
Malah, beliau menyifatkan perbuatan itu menjejaskan imej pasukan, penyokong dan negeri Pahang.
Satu gambar beberapa kanak-kanak diarahkan memegang sepanduk pasukan Pahang sambil memijak bendera Johor tersebar dalam media sosial sejak kelmarin.
Pahang dan JDT akan bertemu pada saingan akhir di Stadium Bukit Jalil minggu depan bagi menentukan Juara Piala Malaysia 2014. 

Taman Tema Angry Bird Bakal Dibuka Di Johor


Angry Bird sememangnya merupakan nama besar dalam persada games dunia hingga di dunia nyata juga ianya dijadikan franchise lihat sahaja barang berimej Angry Bird senang didapati di semua pusat beli belah dan menjadi pilihan syarikat untuk dijadikan imej badan pesawat.
Terbaru, games ini turut direalisasikan menjadi taman tema dan yang lebih menarik ianya bakal dibuka di Johor Bahru, Malaysia.
Jadi, jika anda mengaku merupakan ‘big fans’ kepada games ini pastinya tidak sabar menunggu pembukaan taman tema ini yang lagi beberapa hari perasmiannya.
Taman Tema Angry Birds ini bakal di buka di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC), tingkat tiga dan kawasannya sangat luas seluas 26,000 kaki persegi.
Dengarnya, terdapat 24 seksyen interaktif dalam taman tema ini seperti seksyen permainan gokart, laser spaceship, katil anti graviti, tembak khinzir dan banyak lagi.
Waaa….berada di taman tema ini ibarat ala-ala anda masuk dunia Angry Bird taw.
angry_birds_theme_park_in_finland_640_04angry-birds-jb-3
angry-birds-jb-4
angry-birds-jb2taman-tema-angry-bird-3taman-tema-angry-bird-7
Taman Tema Angry Birds bakal dibuka pada 31 Oktober iaitu hari Jumaat ini dan tiket harga yang dikenakan amatlah berbaloi iaitu RM60 seorang (untuk pemegang MyKad) dan RM50 untuk mereka yang bergelar pelajar.
taman-tema-angry-bird-4taman-tema-angry-bird-5
taman-tema-angry-bird-3
Mesti tidak sabar nak tengok keadaan di dalam taman tema ini kan?
Ini kami sediakan beberapa gambar dalam taman tema tersebut. Tengoklah! -

Awek Tanggal Pakaian Semasa Bergaduh
















Wanita dan lelaki itu dikatakan bertengkar dan kerana tidak tahan
wanita itu kemudian menanggalkan pakaiannya...
Agaknya dia terlampau marah sanggup melakukan apa sahaja
walaupun memalukan diri sendiri....

Pengusaha homestay rakam mandi bogel


Foto


Ipoh: Seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun yang juga pengusaha homestay dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan merakam gambar bogel lapan mangsa di Ipoh Garden Homestay pada 27 Julai lalu.

Tertuduh Lim Lai Heng, didakwa berniat mengaibkan mangsa membabitkan lima wanita dan tiga lelaki berusia 17 hingga 53 tahun dengan merakam gambar mangsa menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini ketika mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman dihadapan Majistret Haslinda A Raof, manakala tertuduh diwakili peguam Steven Su.

Lai Heng bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Majistret menetapkan wang jaminan bagi semua pertuduhan sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin SERTA tertuduh dilarang menghampiri kesemua mangsa. -Metro

Pelajar berzina dengan guru

PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.
Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.
Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.
Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.
“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.
“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.
Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.
“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.
“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,”
katanya.
Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.
Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.
“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.
“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.
Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” 

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

Klang, 21 Okt 
Kejadian ribut kuat yang telah melanda Klang pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan kepada beberapa buah rumah disini.


RIBUT KUAT MELANDA KLANG

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

RIBUT KUAT MELANDA KLANG

Beberapa video telah dimuat naik oleh penduduk yang sempat merakam kejadian yang menggerunkan itu. Di dalam video tersebut boleh dilihat atap-atap bertebangan diudara. Dilaporkan, kejadian dirakamkan di Pandamaran.


Sesetengah dari mereka menyifatkan ribut kuat ini sebagai 'puting beliung kecil' kerana bentuknya yang seakan-akan puting beliung dan kekuatannya sehingga menerbangkan atap-atap rumah bangunan tinggi.

Ibu Terkedu Lihat Aksi Anak


KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.

JERITAN WANITA BARU DIKEBUMIKAN


GEMPAR ! JERITAN WANITA BARU DIKEBUMI GEMPARKAN PENGGALI KUBUR

Seram dan memang pasti meremangkan bulu roma bagi yang mendengar , namun itulah hakikatnya .
Yang telah pergi membawa bekalan jika tidak mencukupi , pastinya diberi hukuman .
Cuba saja anda bayangkan , selesai sahaja dikebumikan dan melangkah 7 tapak orang yang terakhir terdengar jeritan si mati yang baru sahaja beberapa jam .

Kisahnya begini :

Seorang penggali kubur sangat terkejut apabila kubur yang baru sahaja selesai melakukan pengkebumian tiba-tiba kedengaran suara si mati ( wanita ) menjerit . Tanpa berlengah , terus melaporkan kepada pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut .

Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut , namun setelah keranda dipecahkan , penemuan mereka adalah jasad yang telah lama disahkan mati akibat menghidapi kanser .

Masakan boleh hidup , padahal doktor sudah melakukan ujian dari pelbagai sudut termasuklah kegagalan hati . 

Untuk setakat ini , nama si mati dirahsiakan bagi menjaga maruah ahli keluarga . Namun , kepelikkan berlaku disitu ? Sudah lama mati , tapi mahu kes dibuka semula untuk siasatan lanjut ke atas doktor yang mengesahkan kematian si mati itu . 

Video Aksi Ranjang Pasangan Suami Isteri Tersebar


Kejadian ini bermula dengan seorang lelaki yang mencuri rakam aksi ranjang pasangan suami isteri di bilik tidur yang juga jiran berhampiran rumahnya menggunakan telefon bimbit kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit menunjukkan rakaman curi berkenaan kepada anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 17 tahun dan beberapa jiran sambil melemparkan beberapa komen sinis.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral itu berakhir dengan tragedi apabila La Kampo, 47, maut akibat ditikam dengan pisau oleh lelaki dalam rakaman itu, kira-kira tujuh jam kemudian.

Kejadian berlaku di perkampungan setinggan Kampung Bukit, Batu 2 1/2, Sandakan, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata suspek mendapat tahu aksinya di kamar tidur dirakam apabila terdengar suara mangsa berbual dengan anaknya di ruang tamu.

Katanya, mangsa dikatakan menunjukkan rakaman di telefon bimbit itu kepada anak remaja suspek di rumahnya (suspek) sambil melemparkan kata-kata sinis dan didengar oleh suspek. 

“Melihat suspek keluar dari bilik, La bergegas meninggalkan rumah suspek dan menunjukkan pula rakaman sama kepada beberapa jiran.

“Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan pergi ke rumah La dan memberi salam sambil meminta izin untuk masuk.

“Suspek kemudian mengarahkan La duduk di kerusi manakala isterinya berada berhampiran. Secara tiba-tiba, suspek mengeluarkan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (sm) lalu menikam perut serta lengan La sebanyak lima kali, mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Suspek kemudian keluar dari rumah itu dan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dengan membawa pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mengesahkan kedua-duanya bukan warga tempatan, Rowell berkata, La mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.

Katanya, suspek kini ditahan reman, manakala kes disiasat menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

SUNGAI BERDARAH DI INDONESIA

TAOTAUAJER - 
Ribuan penduduk sekitar Sungai Jambatan Kuning, Tanjung Laut, Bontang Selatan, Indonesia menjadi gempar apabila air di muara sungai kampung mereka bertukar menjadi warna merah darah, sejak Selasa lalu.


Mengikut sumber penduduk tempatan, kejadian aneh ini mula berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan.

Bermacam-macam pendapat diutarakan termasuk cat tertumpah, fenomena alam, sisa kumbahan perindustrian dan ada kaitan dengan sumpahan tertentu.


Air sungai berkenaan bagaimanapun dilapor tidak mempunyai bau cat atau bahan kimia.

Ketua Kampung, Agus Amir menjelaskan sampel air sudah diambil dan kini sedang diperiksa. Pihak tertentu juga dikatakan sedang menyiasat punca aliran air yang membawa warna merah tersebut.



Namun sementara menantikan keputusan makmal, rakyat Bontang hingga kini masih berbondong-bondong ke muara sungai untuk menyaksikan sungai berwarna merah yang tidak pernah mereka saksikan seumur hidup sebelum ini.

Jawapan U A I Tentang Cium Mulut

Tak tahu la kalau yang bertanya tuh langsung takde ilmu agama atau saja nak tanya suka-suka.
Apa-apapun, UAI memang terbaik sebab santai je layan semua pertanyaan even pertanyaan mengarut dan childish seperti ini.

Aceh Haram Kedai Jual Pakaian Ketat

BANDA ACEH 8 Jun – 
Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat. Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.
Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.
“Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu,” kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.
Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.
Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu.

Popular Posts

Followers