Dibogel orang kampung

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.
"Dia cuba mencuri motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam tetapi tidak berjaya dan ditahan orang ramai yang baru selesai solat sebelum dipukul dan dibogelkan.
"Akibatnya, remaja itu cedera di bahagian atas kepala dan lebam di belakang badan, tangan, bahu selain kaki.
"Dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kini ditahan reman," katanya di sini, tadi.
Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A/ 511 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad menyelar tindakan kariah Masjid Pauh Lima, Binjai, yang bertindak membogelkan seorang pelajar kerana mencuri.
"Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata.
"Islam sendiri menegah kita menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.
"Jadi tindakan diambil itu sangat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul," katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.
Muhamad Shukri berkata, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah.
"Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.
"Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri.


Mangsa cemburu buta

Beijing: Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila menikam rakan sekerja isterinya berulang kali hingga mati hanya kerana melihat mereka berjalan bersama.
Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai.
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.
Foto

“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya.

Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain.

Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.

Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan.

“Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi.

Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ.

Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” - Agensi

Bercinta dengan budak 16 tahun

Foto


Manila: Pemuzik terkenal Filipina, Freddie Aguilar semalam mendedahkan buat pertama kali dia melihat teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dia serta-merta jatuh cinta dengan remaja itu.
Ikon lagu rakyat Filipina itu berkata, dia menyangka remaja terbabit berusia antara 20 dan 21 tahun kerana susuk tubuh dan penampilannya yang matang. 
Menurutnya, dia tidak sempat untuk bercakap dengan remaja itu tetapi hanya dapat memberikan kad namanya. 

Beberapa hari kemudian, remaja terbabit menghantarnya mesej pesanan ringkas (SMS) dan bermula dari situ hubungan pun terjalin antara mereka.
Aguilar berkata, walaupun dia sudah berusia 60 tahun, tetapi hubungan mereka mengikut perkembangan gaya hidup moden kerana masing-masing gemar menghantar SMS.

Sepanjang mereka berkawan, penyanyi itu tidak pernah sekali pun bertanya usia kekasihnya itu.

“Bukan cara saya. Malah perbuatan itu juga dianggap biadab kepada wanita untuk bertanya usianya,” katanya.

Aguilar berkata, dia mendapat ketabahan untuk bertanya kepada remaja itu sama ada sudi untuk menjadi kekasihnya menerusi SMS.

Bagaimanapun remaja itu tidak segera menjawab pertanyaan Aguilar, tetapi selepas beberapa hari berikutnya baru dia bersetuju untuk menjadi kekasih hati penyanyi terbabit.

Selepas mendapat jawapan positif daripada remaja itu baru Aguilar bertanya mengenai usia sebenarnya.

Apabila mendapat tahu usia sebenar kekasihnya itu, Aguilar yang terkejut merasakan hubungan mereka mungkin tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Bagaimanapun, disebabkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap remaja itu, Aguilar memutuskan untuk berbincang dengan ibu bapa kekasihnya bagi mendapatkan restu mereka. 

Katanya, dia bercadang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu dua tahun lagi.

Amah Biadap




Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah bertindak biadab apabila sengaja memuat naik gambar barang kemas milik majikannya yang dirompak melalui laman sosial Facebook (FB).
Mangsa, Nur Hanani Ismail, 33, yang tinggal di Shah Alam, Selangor, mendakwa terkejut dengan tindakan berani pembantu rumahnya dikenali sebagai, Ani, 24, berasal dari Jambi, Indonesia.
Menurutnya, wanita itu bertindak mencuri pelbagai barang kemas miliknya sebelum melarikan diri dari rumah, September lalu.
“Ini adalah pembantu rumah saya yang keempat. Saya mula mengambilnya bekerja melalui ejen di sana pada tahun 2012 dengan bayaran hampir RM5,000.
“Sepanjang dua tahun berkhidmat, saya perhatikan dia seorang yang tidak bersungguh membuat kerja dan kerap buat perangai,” katanya.
Mangsa yang juga seorang cikgu berkata, dia tidak berani menegur wanita itu kerana bimbangkan keselamatan anaknya ketika dia keluar bekerja.
“Bukan itu sahaja, segala kehendaknya saya penuhi termasuk memberi cuti setiap hujung minggu bagi membolehkan dia bertemu rakannya.
“Malah, dia mendakwa sudah berkahwin dan sentiasa memberi alasan untuk bertemu suaminya yang bekerja di kawasan pembinaan di ibu kota,” katanya.
Katanya, Ani bagaimanapun menghilangkan diri selepas mencuri pelbagai barangan miliknya dan adik membabitkan nilai keseluruhan hampir RM10,000.
“Ini termasuk wang tunai, beg jenama mewah, barang kemas seperti gelang jade dan cincin. Bukan itu sahaja, tudung dan kerongsang saya juga turut dicuri.
“Saya mengetahui perkara itu selepas melihat beberapa gambar yang dimuat naik Ani di dalam akaun FB miliknya sambil menunjukkan barangan curi milik saya,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit, dia ke pejabat imigresen untuk membatalkan permit sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Foto mewah sekitar persiapan perkahwinan Diraja TMJ

Foto mewah sekitar persiapan perkahwinan Diraja TMJ - Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8 malam pada hari tersebut.

Selain berhimpun di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer ini, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya .







Wanita Belah Perut Wanita Mengandung 8 Bulan


Mexico City – Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.

Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.

Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.

“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.

MARIA mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa.

“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.

“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.

“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria.

Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.

“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria.

Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.

Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya.

Mayat Bayi Lelaki Berbau Harum

Gambar Hiasan

Seorang penghuni sebuah kondominium mewah di Taman Melati telah terserempak dengan mayat bayi lelaki ketika mahu membuang bungkusan sampah di dalam tong itu. Mayat bayi berkenaan ditemui lebih kurang pukul 9.30 pagi semalam memetik laporan Harian Metro.

"Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan. "Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam," katanya

Penghuni berkenaan segera memberitahu pengawal keselamatan di Kondominium mewah tersebut.


"Bayi itu berbau harum meskipun mayatnya ditutupi sampah-sarap. Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu," kata seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di sini, yang menemui mayat bayi lelaki di dalam tong sampah. 

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan penghuni kediaman mewah itu.

Kecoh wanita bogel di taman

Foto





Kampar: Pengunjung di Taman West Lake, Bandar Baru, di sini, yang datang menikmati keindahan malam dikejutkan dengan seorang wanita yang berjalan di sekitar taman itu berbogel, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, wanita yang berusia 30-an itu dipercayai kurang siuman dan berjalan di sekitar taman itu tanpa mengenakan seurat benang sehingga menimbulkan suasana kecoh dalam kalangan pengunjung taman itu. 

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Saiful, 27, berkata, dia yang memancing di taman itu terkejut apabila mendapati wanita itu berada tidak jauh darinya mula membuka pakaian.

Katanya, selepas menanggalkan semua pakaiannya, wanita itu merayau-rayau di sekitar taman itu tanpa mempedulikan teguran pengunjung.


WANITA yang dipakaikan semula pakaiannya selepas berbogel di tempat awam.

“Wanita itu tidak mengendahkan pengunjung walaupun ada antara pengunjung merakamkan gambarnya yang berbogel.


Miera enggan seksi lagi





Pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan, Miera Liyana, 21, dilanda kontroversi kerana imej seksi dan ia sering dikaitkan dengan dirinya hingga pernah menyuarakan mahu membuang imej itu.

Sepi seketika daripada kontroversi, tiba-tiba namanya kembali jadi sebutan kerana filem terbaru lakonannya, Dendam Orang Mati arahan Jason Chong.

Miera dikatakan muncul berbikini di kolam renang dalam satu babak filem itu, sekali gus ada yang mempertikaikan hasrat Miera sebelum ini. Ia ibarat 'cakap tak serupa bikin'.
Ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem itu Rabu lalu, Miera dilihat bersedia menjawab isu yang mungkin mencalar kepercayaan peminat terhadapnya.
Katanya, penggambaran filem itu dilakukan ketika usianya 19 tahun dan ia lakonan keduanya selepas kali pertama muncul dalam drama bersiri Hotel Mania.

"Saya masih mentah dan percaya apa yang saya lakukan ketika itu kerana memenuhi kehendak skrip dan tuntutan karekter.

"Saya bercakap dengan pengarah mengenai babak itu tetapi diyakinkan babak itu akan menjalani proses suntingan melalui teknik kamera (camera trick)," katanya.
Kata Miera, dia turut memaklumkan keperluan babak itu kepada ibunya yang juga pengurusnya. Malah, ibunya sempat berpesan kepada pengarah dan kru supaya menghormati babak itu daripada cuba mengambil kesempatan.

"Melakonkan babak itu sebenarnya satu cabaran paling utama ketika menjayakan filem itu kerana bimbang dengan reaksi penonton.

"Saya tidak teragak-agak menolak melakonkan babak itu seandainya mendapat tawaran perlu beraksi seksi dalam filem lain selepas ini," katanya.
Tegas Miera, dalam usianya kini makin matang, dia akan teliti dan memilih skrip filem, bukan main ambil saja semua tawaran berlakon yang datang.

"Kalau nak diikutkan, aksi saya tidaklah panas, malah ada pelakon lain pernah beraksi lebih 'daring'. Saya juga tidak menganggap babak itu sebagai eksploitasi kerana ia satu cabaran.
"Apatah lagi berlakon di samping Fizz Fairuz yang saya anggap abang. Saya juga gembira dapat beraksi bersama Lisa Surihani dalam filem itu," katanya.

Dengan tenang Miera akui tidak kesal dengan apa yang berlaku kerana menganggap ia satu pengalaman yang terus mematangkannya dalam dunia lakonan.
Filem Dendam Orang Mati atau tajuk asalnya Tingkat 4 menemui penonton di pawagam pada 23 Oktober ini.

Kata Miera, kerjaya lakonannya juga maju setapak lagi apabila baru tamat menjalani penggambaran dua telefilem di Indonesia, Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia dan Pacarku Kehabisan Ongkos.

"Kedua-dua telefilem itu akan disiarkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia. Jujurnya, bekerja dengan produksi Indonesia mencabar kerana tempoh penggambaran kedua-dua telefilem itu mengambil masa dua hari saja.

"Maknanya, satu telefilem ambil masa dua hari penuh bekerja. Ia jauh berbeza dengan cara kerja produksi kita yang mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh hari untuk satu telefilem.
"Namun, saya gembira dapat menimba pengalaman baru bekerja dengan produksi di sana," katanya.

Miera turut berkongsi cerita menarik apabila dianggap 'budak-budak' yang tidak tahu apa-apa pada mulanya. Namun demi mencari pengalaman bekerja dengan produksi luar, dia ikutkan saja hinggalah apabila penggambaran babak pertama, dia berjaya memberi sepenuh fokus sehingga membuatkan seluruh produksi terpukau dan bertepuk tangan.

"Sebelum penggambaran babak pertama, pengarahnya 'kerek'. Saya hanya mengangguk kerana tidak mahu timbulkan isu.

"Saya berikan sepenuhnya sehingga terkeluar urat-urat di leher, menangis bagai nak rak. Bila pengarah jerit 'cut', semua di set terus bertepuk tangan.

"Selepas itu saya terus ditawarkan berlakon telefilem Pacarku Kehabisan Ongkos," katanya.
Miera tidak menolak kemungkinan jika rezekinya mula berpihak di negara itu satu hari nanti. Apatah lagi, beberapa pengarah di sana mula mengintai Miera untuk berlakon dalam produksi mereka.

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Seks Lelaki Mirip UAI



PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.
Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -

Jangan Balas Provokasi Pijak Bendera Johor


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bimbang provokosi melampau membabitkan insiden memijak bendera Johor oleh sekumpulan penyokong Pahang seperti yang tersebar di media sosial akan mengudang kejadian tidak diingini dalam aksi peringkat akhir Piala Malaysia 2014 nanti.
Sehubungan itu, PBNJ dalam satu kenyataan menggesa para penyokong bola sepak Johor supaya bersabar dan tidak membalas provokasi berkenaan bagi menjernihkan keadaan.
“Insiden memijak bendera negeri Johor baru-baru ini oleh penyokong Pahang dipandang serius dan boleh menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini.
“Menjelang perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia ini, harapan tinggi agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan perbuatan saling membalas provokasi perlu dielakkan kedua-dua penyokong pasukan yang bertanding,” tegas kenyataan itu hari ini.
PBNJ turut meminta para penyokong bola sepak negara ini lebih peka terhadap perkara-perkara yang boleh memberi kesan negatif terhadap keharmonian masyarakat Malaysia.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun itu.
Malah, beliau menyifatkan perbuatan itu menjejaskan imej pasukan, penyokong dan negeri Pahang.
Satu gambar beberapa kanak-kanak diarahkan memegang sepanduk pasukan Pahang sambil memijak bendera Johor tersebar dalam media sosial sejak kelmarin.
Pahang dan JDT akan bertemu pada saingan akhir di Stadium Bukit Jalil minggu depan bagi menentukan Juara Piala Malaysia 2014. 

Taman Tema Angry Bird Bakal Dibuka Di Johor


Angry Bird sememangnya merupakan nama besar dalam persada games dunia hingga di dunia nyata juga ianya dijadikan franchise lihat sahaja barang berimej Angry Bird senang didapati di semua pusat beli belah dan menjadi pilihan syarikat untuk dijadikan imej badan pesawat.
Terbaru, games ini turut direalisasikan menjadi taman tema dan yang lebih menarik ianya bakal dibuka di Johor Bahru, Malaysia.
Jadi, jika anda mengaku merupakan ‘big fans’ kepada games ini pastinya tidak sabar menunggu pembukaan taman tema ini yang lagi beberapa hari perasmiannya.
Taman Tema Angry Birds ini bakal di buka di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC), tingkat tiga dan kawasannya sangat luas seluas 26,000 kaki persegi.
Dengarnya, terdapat 24 seksyen interaktif dalam taman tema ini seperti seksyen permainan gokart, laser spaceship, katil anti graviti, tembak khinzir dan banyak lagi.
Waaa….berada di taman tema ini ibarat ala-ala anda masuk dunia Angry Bird taw.
angry_birds_theme_park_in_finland_640_04angry-birds-jb-3
angry-birds-jb-4
angry-birds-jb2taman-tema-angry-bird-3taman-tema-angry-bird-7
Taman Tema Angry Birds bakal dibuka pada 31 Oktober iaitu hari Jumaat ini dan tiket harga yang dikenakan amatlah berbaloi iaitu RM60 seorang (untuk pemegang MyKad) dan RM50 untuk mereka yang bergelar pelajar.
taman-tema-angry-bird-4taman-tema-angry-bird-5
taman-tema-angry-bird-3
Mesti tidak sabar nak tengok keadaan di dalam taman tema ini kan?
Ini kami sediakan beberapa gambar dalam taman tema tersebut. Tengoklah! -

Awek Tanggal Pakaian Semasa Bergaduh
















Wanita dan lelaki itu dikatakan bertengkar dan kerana tidak tahan
wanita itu kemudian menanggalkan pakaiannya...
Agaknya dia terlampau marah sanggup melakukan apa sahaja
walaupun memalukan diri sendiri....

Pengusaha homestay rakam mandi bogel


Foto


Ipoh: Seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun yang juga pengusaha homestay dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan merakam gambar bogel lapan mangsa di Ipoh Garden Homestay pada 27 Julai lalu.

Tertuduh Lim Lai Heng, didakwa berniat mengaibkan mangsa membabitkan lima wanita dan tiga lelaki berusia 17 hingga 53 tahun dengan merakam gambar mangsa menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini ketika mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman dihadapan Majistret Haslinda A Raof, manakala tertuduh diwakili peguam Steven Su.

Lai Heng bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Majistret menetapkan wang jaminan bagi semua pertuduhan sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin SERTA tertuduh dilarang menghampiri kesemua mangsa. -Metro

Popular Posts

Followers